![]() |
| Hak milik Hamba ALLAH |
"Nak tanya apa?" Keningnya terangkat.Tak pernah-pernah dibuat makhluk ALLAH di depan aku ni tanya dengan penuh sopan-santun macam ni..
Dila masih tak bersuara.Seolah-olah menimbang-nimbang tutur bicara yang ingin dikeluarkannya.
Wajah Dila dipandang sekilas. Parah ni!Mesti ada soalan maut yang nak ditanya ni.
"Kau nak tanya apa ni?Cakap lah..Takpe...Aku jawab"
"Emm...kenapa kau lain sekarang ni?", Akhirnya tutur bicaranya terlepas jua.
"Lain?Maksudnya?"
"Aku nampak kau lain...Pemakaian kau, perlakuan kau, kata-kata kau...semua lain...macam orang lain yang aku kenal..Dah macam bukan Nurliyana Fathiyyah...Even kau dah change better,tapi aku still perlukan explanation untuk semua ni...Semuanya macam sekelip mata je kau berubah. Mind to tell me the truth?"
Nafasnya dihela...Dah dapat expect last sekali mesti kena berterus-terang juga... Insan di depan aku ni bukan sekadar hanya seorang insan yang boleh hadir dan pergi begitu sahaja.. Dialah sahabat,dialah kakak, dialah guru, dialah "mak ayah" yang mak ayah aku boleh harapkan untuk tengok-tengokkan aku.. Hadirnya dinanti,perginya dirindui..
"I falled in love with someone..", laju patah perkataannya terluah. Lama dipendam akhirnya terlepas juga,.
"Okayyyy....so ada kaitan ke dengan apa yang berlaku sekarang.?" Keningnya terangkat,masih tak mampu untuk faham sepenuhnya."He's a great man..Dekat dalam pandangan aku tapi sebenarnya aku jauh sekali dengan dia. Agamanya, Didikannya, Akhlaknya...Semuanya buat aku rasa aku ni kerdil...Jauh sekali untuk aku layak dengan dia. Dan bila aku tengok pada budak-budak perempuan di sini, aku akan rasa lebih rendah diri... Betapa ceteknya lagi ilmu agamaku. betapa sengkeknya lagi pemakaian aku ni, betapa kurangnya lagi akhlak santun peribadi aku ni. Semuanya dirasa tak sempurna... And itu membuatkan aku rasa aku tak deserve untuk dia...", sebak suara.Murahnya air matanya ni.
"And,aku sendiri sebenarnya tak sedar pun yang itu sebenarnya a start untuk aku ambil step ke arah dekatkan diri aku pada ALLAH... a start untuk aku letak ALLAH di atas sekali... Aku try nak berubah. Aku try untuk ikhlaskan niat aku... Aku nak berubah kerana ALLAH bukan kerana dia,,,Dan menurut aku, to get the best you have to be the best,right?"Perlahan Dila mengangguk...
" Kenapa kau tak ceritakan benda ni pada aku dari awal lagi?","Sebab aku masih tak cukup kuat lagi untuk ikhlaskan segala-galanya time tu...Susah nak inggalkan something yang dah jadi kebiasaan untuk kita n start benda yang tak pernah dibuat-buat sebelum ni malah tak terfiir pun..it takes time....sorry?" ,perlahan yana bersuara..
"Takde pape pun..aku tak marah pun..." perlahan Dila memujuk.
"Dila...""Ya..."
"Jom jadi kuat bersama aku? Jom berubah sama-sama?"
Dila mengukir senyum."Aku tak sekuat kau la beb..."
"Kau kuat la,.slow-slow kita make a change eh?"
"emmm...okay..."
"Janji?" . Jari kelingkingnya dihulur..."Janji tapi dengan satu syarat."
"Eek? apa syaratnya?"
"Jangan tinggalkan aku walau apa pun yang terjadi?"
"Ya,aku takkan tinggalkan kau la Dila""Ok,deal!"
Senyum terukir di bibir...Indahnya rasa ukhuwah ini... Bajunya sambung dilipat.
"yana...",
"Ya...ada soalan lagi ke?"
"Tak...cuma aku rasa kan beruntung orang yang kau suka tu"
Erk?Lain macam je bunyinya...
"Kau nak aku belanja kau makan ke ni?" , selamba bersuara
Bantal di katil di baling ke arah yana... Gelak sama-sama.
"Amboi...bab-bab sindir aku memang tip top"
"Kenapa kau cakap dia bertuah sebab aku suka dia?"
"Dia bertuah sebab perempuan yang suka dia ni bukan calang-calang perempuan tapi perempuan yang cukup kuat"
Aku mengukir senyum..Serahkan segala-galanya pada ALLAH. No words.
.jpg)
No comments:
Post a Comment