Wednesday, 8 May 2013

it's our fate

Hak milik Hamba Allah
Assalamualaikum.
This new entry special dedicated to SPM leavers!

Hey guys!
we're in the same batch
yet maybe has the same thought too..
memandangkan dah almost 6 months kita mengumpul lemak di rumah.
bermanja-manja dengan mak ayah.
Jadi queen control to siblings
and tak kurang jugak yang jadi hamba abdi di rumah sendiri.
Toink.aku terasa. okay la.not hamba abdi. sort of bibik mungkin. dapat makan minum free kan.
*gelak manja

So,now maybe otak matang tak matang kita dah start fikir psl UPU, matrik, F6 dan seangkatan dengannya kan..
So, amacam feeling?

ketar lutut
makan tak habis
dpt nightmare mungkin
down
depressed
mood swing

Sedih nak tinggal rumah mungkin.
Dah berbulan-bulan manja dengan mak ayah.
tetibe nak kena tinggal.
down!

but,normal lah kan
time kita nak tinggal rumah balik pegi hostel pun macam ni jugak.
Time jauh dengan mak ayah baru rasa macam "how precious they are" kan??

"Kita takkan tahu untuk menghargai selagi kita tak tahu macam mana rasa kehilangan nikmat tu"

So true.

*flashback*
Time hostel dulu pun aku berat kaki jugak nak tinggal rumah.
Actually,most of us lebih sayang nak tinggal gadget sebenarnya kan...
*sengih

Sampai je asrama,terus rasa sebal.
muka macam heartless je time salam cium pipi mak ayah 
dalam hati...who knows?
Rasa macam nak pergi berlari balik rumah je.haha.
Sampai je bilik,nangis bawah bantal sorang-sorang.
Malam tu, organized non-official majlis makan.haha. 
lawak..
time tu,rumah kata mari pun,ignored je.
My experience la tu.

Cukup dah kan tu nak buat intro.
So...kembali kpd main topic.

Janganlah sedih sayang.
It's time for us to face the reality!
Face it!
Bukan lari tapi hadapi.
Apa niat kita sebenarnya?
Check balik.
Biar semuanya kerana Allah kawan.
Sebab once kita dah niat kerana Allah,yang susah jadi senang. Yang lemah jadi kuat. Yang gundah jadi tenang. Biiznillah.
Biase la tu. Memang la tak best kan sebab nak kena perah otak, korban masa bagai untuk study balik nanti.
Tapi cuba fikir.
Macam mana kita nak perjuangkan Islam kalau kita sendiri tak mampu nak berkorban.
Macam mana nak teruskan warisan dakwah Rasulullah kalau kita sendiri tak kuat nak jihad fi sabilillah?
Kata nak lawan Israel la,nak tolong saudara kita di Syria,nak bangunkan negara dengan Islam la tapi macam mana nak jadi kalau kita selemah ni?

Menuntut ilmu kan adalah salah satu jihad.
Jihad tahan nafsu mengantuk.
Tahan nafsu malas lagi.
Banyak yang nak kena lawan.
Banyak yang kita kena jihad.
So,be strong!
Jangan mudah give up.
On behalf of muslim,kita kena kuat. Tunjukkan yang kita lebih kuat. We're supposed to be stronger than others. Sebab apa? Sebab kita ada Allah. Itu yang membezakan antara kita dengan penganut agama lain sebenarnya. Kita sibuk nak set dalam mind. "Aku tak kuat. Aku lemah. Tak boleh nak struggle dah" . That's why kita jadi lemah for the real.
Bangkitlah! Tak cool tau untuk muslim cepat mengalah just sebab berat hati nak tinggal rumah.
Kita boleh!

Ikhlas.
Yang penting ikhlas.
Bila kita ikhlas,beban berat macam mana pun insyaAllah tak jadi masalah pun.
 Try check up balik beribu-ribu alasan yang kita bagi sebelum ni.
Tak valid untuk para mujahadah.
Bersabarlah.
Syurga itu indah. Teramat indah. Dalam Syurga nanti, Allah tak nak bagi kita bersusah walau sedikitpun sebab kita dah cukup bersusah di dunia. Biar perit di dunia asalkan senang di akhirat. 



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 


وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 


الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 


وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.


فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 


وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.





Monday, 6 May 2013

Cry for our own sin.

Hak milik Hamba Allah
Aku malu jika aku hidup di zaman Rasulullah
Dimana para sahabiyah menanamkan prinsip di dalam dirinya "sami'na wa atho'na" 
(Kami dengar dan kami taat) tanpa banyak tanya

Aku malu kerana aku merasakan mereka akan berkata pada aku : "wahai wanita akhir zaman tidakkah kamu lihat kami sanggup mengorbankan segalanya demi mematuhi perintah Rabb. Kami menutup aurat dengan sempurna setelah QS.Al-Ahzab:59 turun, tapi apa yg kamu lakukan dgn dirimu??? Kamu ingin kembali berpakaian ala jahiliyah. Walaupun kamu mengatakan kamu mengenakan hijab tetapi kamu sebenarnya sudah jauh dari syariat. Kamu menutup aurat atau membalut aurat?”

Aku sebenarnya malu mengaku tinggal di Malaysia.
Akhawat2 yg tinggal di Prancis (negara kafir) berjuang mati2an untuk mengenakan hijabnya
Tapi di negeri ini yg katanya negara berpenduduk muslim tapi
Muslimah di sini membuka auratnya tanpa rasa malu. Kalaupun mengenakan hijab tapi penuh tabarruj. Semakin banyak trend yang kononnya dikatakan busana muslimah tapi sebenarnya sedah jauh terpesong dan melanggar syariat
Syaitan tertawa karena masih tetap menang. Hakikatnya menutup aurat bagi kita hanyalah dengan memakai tudung semata-mata. Kaki terbuka. Tangan terdedah. Tudung tak melebihi paras dada.  

Aturan Allah dikatakan rumit dan berat, padahal suruhan Allah itu akan lebih mudah dijalani bagi hati yg lapang menerima Al-haq (kebenaran). 

Masih perlu berapa banyak alasan lagikah untuk menerima dan menjalankan perintah Allah? Kenapa Allah melaknat kaum Yahudi dalam kisah di surah Al-Baqarah, karena mereka tetap membangkang walaupun dilarang, lantang melawan walaupun ditegur, beribu-ribu alasan dicipta, juga pintar memutarbelitkan syariat, maka jangan sampai kita menjadi seperti mereka…

Muslimah...

Tak perlu berbalut dengan sutera untuk kelihatan indah. Cukup jubah longgar yang memantulkan kemuliaan peribadi.

Muslimah..

Tak pelu mendongakkan kepala untuk menyirat
kehormatan…
kerana tunduknya hati dan pandangan akan menempatkan diri pada kemuliaan…

Muslimah...

Tak perlu berhiaskan intan berlian untuk meraih keanggunan……
kerana cahaya kesabaran sudah cukup meluruhkan kilaunya dan hitungan tasbih di ruas jarinya mulai menghitung nilai akhlaknya.

Titian menuju ridha-Mu
memang perit. Payah. Penuh rintangan tapi penghujungnya indah. Terlalu indah.
Perjalanan ke sana sungguh panjang dan meletihkan
hanya mendung dan pelangi, hanya gelap dan terang saling berganti menyapanya……

Bahagia itu sederhana...
Sesederhana hujan menyiram bumi yang gersang.
Sesederhana pelangi yang tersenyum di balik hujan
Bahagia itu tidak dapat di ukur dengan seberapa puas senyum kita, tapi seberapa banyak orang yang bisa kita buat tersenyum puas karena kita

Kalau ditanya dimana letak kebahagian seorang muslimah ?? 

Jawabannya ada disebalik istiqomah & keikhlasannya menjalankan perintah Allah. Pakaian yang dipakai cukup sederhana. Menggambarkan keikhlasan hati yang terikat cinta pada Ilahi. Istiqamah seorang muslimah yang mengikut syariat walau dicaci, dimaki. insyaAllah, kebahagiaan menanti untuk muslimah yang istiqamah dan ikhlas. 

Friday, 3 May 2013

Renovate hati!

Hak milik Hamba Allah

 Hai,hello,sawadikap.
Okayy,aku merapu.
Nak start entry memang buntu.
Okay lah.start now..
.................5 minit kemudian............
kacau air.
makan biskut.
....................
aku nak cakap apa heh.
Haaa!Salam sayyidul ayyam!
Moga diberkati
Alhamdulillah sbb Allah still bg chance untuk kita tambah amal pada hari Penghulu Segala Hari ni
Cepat cakap Alhamdulillah budak2 semua
Kalau tak aku sumbat cengkodok dalam mulut
Okay.extreme sangat cara aku ni.hehe
asif jiddan sayang2 semua.
Tak salah kan kita berterima kasih pada Allah
Jangan jadi kufur nikmat.
Nanti Allah tarik balik semua nikmat tu,baru menangis tak berlagu.

*pakai specs

Bagi tuan2 puan2 adik2 miss2 semua yang pakai specs tu...
Bila takde specs,macam tak sempurna kan hidup kita.
Baru rabun tu,kalau Allah tarik terus nikmat penglihatan kita tu macam mana?
So, bersyukurlah.
Hairan kan.
Kadang-kadang orang yang tak dapat rasa nikmat pancaindera yang cukup ni lebih bersyukur daripada kita.
Dahinya lebih kerap menyembah Allah.
Bibirnya lebih banyak mengalunkan zikrullah
Hatinya lebih bersih
Tak malu ke?
*Ketuk kepala
Sila terasa Cik Raihan
Okayy,aku terasa
Kita manusia biasa kan
Bukannya maksum
Tapi macam mana sekalipun.benda tu tak boleh dijadikan alasan sayang
Kita sendiri yang kena ubah diri kita.
Tapi situasi nowadays jauh berbeza kan

Situasi 1:

A: Bila nak pakai tudung?
B: Bila sampai hidayah,saya akan bertudung *betulkan rambut

Situasi 2:

A: Apa kata kita pi solat dulu before start match
B: Alaa,kan lambat lagi nak habis waktu. Match ni kena tengok dari awal sampai habis *makan popcorn

Situasi 3:

A: Kau tak nak baca Al-Quran ke? Aku tengok kau dah lama tinggal Al-Quran. Tak cukup macho ni kawan.
B: Kau tak payah nak sibuk ingatkan aku la. Nanti aku dah tua nanti,aku baca la. Sekarang ni enjoy jela. Muda sekali seumur hidup je kan **smoke

Tahap macam ni ke yang kita ada sekarang.
Semua orang nak masuk Syurga. Kalau tanya perompak, pencuri ,perogol apa semua tu diorang takkan cakap nak masuk neraka. Tapi the prob is kita sendiri tak pernah ada usaha untuk ubah diri kita,

 Sampai bila nak tunggu hidayah? Sampai Malaikat Maut datang menjemput dengan muka yang bengis? Nauzubillah. Akak kat  sana tu, hidayah ni bukannya ditunggu tapi dicari.
Dan buat abang yang nak sangat tengok match tu sampai tak nak terlepas walaupun sesaat pun tu, tak boleh macam tu bang. Andaikanlah. Bayangkan di saat abang enjoy makan popcorn sambil tengok match tu, Allah tarik nyawa abang,. Macam mana abang nak menghadapi azab kubur?  Sanggup ke nak tahan seksa azab kubur? Boleh tahan ke nak berada dalam kubur yang sangat sempit sampai antara tulang kanan dan tulang kiri berhimpit rapat? Allahu, sakit! Tak sanggup kan? *kesat air mata.



Dan "Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat, yang telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahwa barangsiapa yang berkawan dengan dia, tentu dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka.'' (Qs 22.3,4)
Al-Quran adalam kalam Allah, kawan.
Jangan bagi sebab satu hari tak sebut kalam Allah , hati gelap terus.
Ilmu pun rak masuk. Orang bagi nasihat pun, ditengking balik
Mak ayah pun dah hilang respect.
Pergaulan pun dah tak terjaga.
Aurat pun terbukak dengan bangga.
Last2. jadi sahabat syaitan di neraka.Nauzubillah



"Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki." (Qs 22:16)..


Jom renovate hati!
Aku tak paksa.
Tapi mengingatkan
Muda memang sekali.
Tapi jangan ingat maut hanya menjemput yang tua.
Ingat!
Malaikat Maut sentiasa bersedia untuk mencabut nyawa kita.
No mercy.



Allah berfirman :

''Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).'' (Qs 22:1)


Moga hati kita dipeluk hidayah
Disapa cinta Allah
Diiringi rindu pada Rasulullah
Mencapai redha Ilahi
Menuju ke Jannatul Firdausi.
InsyaAllah

ByeBye *lambai

Wednesday, 1 May 2013

Change!

Hak milik Hamba Allah

ehem ehem.. *teguk air
okayy...orang cakap aku ni takde kerja yang sampai boleh post 2 entry dalam satu hari

Time free je idea boleh mencurah-curah macam ni sebenarnya,
time busy laptop pun tak pandang.erkkk...okayy..hiperbola sangat!
i mean,blog la tak bukak.

apa dah yang aku nak cakap tadi 
....blur....
okayy,dapat dah
aku nak ajak orang berubah boleh tak?
bukan bermaksud aku dah baik
aku nak kawan yang boleh teman aku
boleh sama-sama pegang bahu
Bila kau jatuh,aku hulur tangan aku untuk bangunkan kau
Bila aku goyah,kau hulur tangan untuk pegang aku.
Aku nak macam ni
Tak nak berseorangan meniti menuju redha Ilahi berseorangan
boleh tak?

Jom move on
sampai bila kita nak tinggal Allah jauh dari hidup kita
Sampai bila kita nak meletakkan matlamat dunia melebihi akhirat
Sampai bila sebenarnya?
Sampai nyawa di kerongkong baru sibuk cari Al-Quran?
Sampai malaikat Maut datang baru nak terkapai-kapai cari sejadah?
Tak betul tu kawan.

Kalau boleh aku taknak tengok saudara seislam aku terjelepok ke neraka
Lebih seram andai aku sendiri yang terjatuh di sana sedangkan kalian menuju ke Jannah
Aku tak nak tu!
Aku nak kita sama-sama capai nikmat Syurga
Aku nak kita sama-sama dipermudahkan meniti di titian Siratul Mustaqim
Aku nak kita sama-sama dilindungi dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arash Allah.
Aku nak kita sama-sama dapat bertemu Rasulullah di Syurga nanti

Cuba flash back apa yang kita dah buat sebelum ni.
Muhasabah diri tu penting beb!
Selagi kita tak muhasabah diri, selagi tu la kita terus hanyut dalam jalan hitam yang penuh dosa ciptaan kita sendiri.
Syok ke jadi kawan syaitan?
*geleng perlahan

Kita kencang berdakwah di alam maya, blablabla kononnya untuk berdakwah tapi pada realitinya kita mudah jatuh bila diuji
Dengan kawan, bukan main baik lagi. Pijak semut pun,semut tak mati. Betapa lemah-lembutnya kita tapi bila sampai turn adik, buat muka singa lapar sampai adik rasa macam takde kakak atau abang.
Dengan cikgu,manis je muka.Bila nampak cikgu angkat barang banyak,tolong. Bagus dah tu tapi yang tak berapa nak eloknya bila dengan mak ayah, kita melawan macam diorang tu nothing dalam hidup kita. Bila tak puas hati, hempas pintu konon-kononnya merajuk dengan mak ayah.

Beb,salah ni!
How come kita nak nasihat orang untuk buat kebaikan kalau peribadi kita sendiri pun senget.
Macam mana seorang dai'e boleh tarik mad'unya yang tersasar di jalan salah kalau dia sendiri pun sesat.
Tak boleh tu.

So, jom berubah.
Kita nak jadi pewaris perjuangan Rasulullah kan.
So kena kuat!
Macam mana nak kuat?
Bina kubu pertahanan yang gempak.
How?
Cinta pada Allah melebihi apa pun
Bila kita cinta Allah melebihi apa pun, orang hina kita tutup aurat pun kita still mampu nak pekakkan telinga
Orang juih kat kita sebab kita berdakwah pun,kita still kuat nak tahan semua tu.

Masalahnya sekarang,bila kau jatuh cinta,kau terus bagi cinta yang kau ada tu sepenuh hati kau kat laki tu.
Itu masalahnya.
Bila kau jatuh cinta,kau terus lupa segala-galanya. Seolah-olah kau hidup hanya kerana dia. Macam mana la kes bunuh diri tak wujud lepas clash kalau macam ni la kita.
Tak. Aku tak cakap aku sempurna. Kita sama-sama manusia yang nak berubah kan.
Aku nasihat kau, Kau tegur aku.
Nak berjuang di jalan Allah ni,kita kena tautkan hati dalam setiap diri kita dalam bulatan Islam.
Jalan terbaik?
Kita sama-sama berubah. Move on. Change!
Kita jadi dai'e yang tak gentar berhadapan musuh Islam.
Tak rebah bila ujian datang.
Tak goyah bila dihina.
Jom.

SAD MOMENTS

Hak milik Hamba Allah
found interesting entry from
 http://www.matluthfi90.com/2013/02/setahun-sudah.html?spref=fb

so just wanna share,.. read it, understand deeply and you'll cry

Allah always for you

..................................................................................................................................................................




Setahun sudah

Hanya ada dua nama yang pernah aku jerit ke hujung tekak.

Kau,

dan Tuhan.

Dan telahku sebut nama Kau dahulu - berkali-kali, sebelum Tuhan.

Kerna aku fikir, Kau akan dapat dengar apa aku rasa jika aku jerit nama Kau seraung suara.

Tak, Kau tak dengar.

Aku ragu Kau cuba.

Tapi malam itu aku terjelepok di kaki lima, di tepi jalan desa.

Melutut kepada Kau, separuh menyembah.

Menangis mengalahkan budak kecil, berhingusan teresak menggenggam dada kiri, cuba meredakan sakit di hati.

Tak sangka hati manusia bole literally sakit.

Tak sangka sehingga begitu.

Aku sedar selama ini aku telah menjerit nama yang salah.

Nama yang kuingat tuan empunya kepada hati carik ini.

Lalu terjerit juga nama Tuhan,

Tuhan yang selama ini entah di mana.




"Allah tolonglah aku!"

"Allah!"

"Tolongla aku..."

Dengan tak malunya menagih simpati Kuasa yang wujudnya dipersoalkan,



dipejam matakan.

Langit kelabu tak berawan malam itu meski luas, tak terdongak aku menahan hina.

Mujur tiada sesiapa yang lalu-lalang.

Mungkin kerana lewatnya malam.

Selewat dosaku.

Sudah lebih setahun malam itu.

Terima kasih Tuhan.

..................................................................................................................................................................

Chill la kawan

Hak milik Hamba Allah
"Result exam aku teramatlah teruk. Down gile!"

"Apa salah aku sampai dia nak breakup dengan aku."

"Kenapa orang yang aku anggap sebagai sahabat boleh tikam dari belakang.Arghh"

"Asyik-asyik gagal! Aku ni memang dilahirkan untuk jadi orang gagal ke?"

"Mak ayah aku always pay attention dekat dia. Macam aku ni anak angkat.Blerghh..stress tahap petala kelapan"

Whoaa...chill la sayang. You took it too seriously.

Hidup ni jangan terlalu serius sangat. jammed otak tu.

Aku tak kata yang kita kena main-main dalam setiap apa yang kita buat.
I mean,kalau gagal pun jangan la seksa diri yang konon-kononnya stress sampai tak nak makan, tak nak minum. Kategori menyeksa diri tu.

Ingat!Allah punya semua ni. Kita pinjam je. So, guna chance yang Allah bagi ni untuk jalani hidup yang lebih beretika?

Bila gagal,memang fed up. Rasa down. Macam rasa tak perlu hidup pun ada.

Aku faham. Semua orang tahu rasa itu.

Kadang-kadang yang kita jadi tertekan sangat tu sebab kita terlalu mengagungkan kejayaan orang lain sampai diri sendiri rasa humble semacam. Kepala tunduk je bila berhadapan dengan manusia.

Jangan la macam tu. La tahzan. Kita belajar daripada kegagalan la sayang. Tanpa kegagalan,kita takkan dapat rasa erti manisnya kejayaan.

Cuba flash back balik. Apa yang kita buat bila kita rasa down.

Marah adik kecik kita yang tak tahu apa-apa dan hanya nakkan perhatian seorang kakak.

Tengking mak ayah yang konon-kononnya tak faham jiwa muda remaja kita ni.

Hempas barang. Berkurung dalam bilik.

Chill. Tarik nafas hembus. Kita ni islam tau. Kita ada cara yang tersendiri untuk tenangkan fikiran

Need examples?

Okay, aku bagitahu la even korang tak tanya pun. *gelak manja*

Baca Al-Quran for example. InsyaAllah tenang. Bila baca, rasa macam Allah pujuk kita dengan kalamNYA.

Qiamullail. Luahkan segala yang terbuku dalam sujud. Allah itu Maha Mengetahui kawan. DIA Maha Mendengar.

Hasbunallah Wani'mal maula- Cukup Allah bagiku sebagai sebaik-baik pelindung 

Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51


Cuba pejam mata. Gelap kan? Lebih gelap lagi kehidupan kita tanpa Allah. Biar manusia tiada untuk berteman asalkan masih ada Allah di hati.

Try husnuzon dear.

Apa itu husnuzon? Husnuzon tu bersangka baik. Bukan dengan manusia je yang kita kena bersangka baik. Dengan Allah pun kita kena bersangka baik. Bila gagal, jangan sibuk menyalahkan takdir Allah. Ikhlaskan hati menerima ketetapan Allah. Muhasabah diri. Cuba muqarabatullah. Baiki kelemahan. Belajar dari kesilapan. Kadang-kadang apa yang kita nak tak semestinya yang terbaik untuk kita. Allah Pencipta kita kan sayang... DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216


Bisikkan pada hati kita:

"Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Senyum la sikit kawan. Tak mati pun senyum. Senyum itu sedekah kan. Jangan negatif sangat. Yang dapat nanti muka cepat berkerut , darah tinggi menunggu , syaitan pun gelak sakan. Sekian