ehem ehem.. *teguk air
okayy...orang cakap aku ni takde kerja yang sampai boleh post 2 entry dalam satu hari
Time free je idea boleh mencurah-curah macam ni sebenarnya,
time busy laptop pun tak pandang.erkkk...okayy..hiperbola sangat!
i mean,blog la tak bukak.
apa dah yang aku nak cakap tadi
....blur....
okayy,dapat dah
aku nak ajak orang berubah boleh tak?
bukan bermaksud aku dah baik
aku nak kawan yang boleh teman aku
boleh sama-sama pegang bahu
Bila kau jatuh,aku hulur tangan aku untuk bangunkan kau
Bila aku goyah,kau hulur tangan untuk pegang aku.
Aku nak macam ni
Tak nak berseorangan meniti menuju redha Ilahi berseorangan
boleh tak?
Jom move on
sampai bila kita nak tinggal Allah jauh dari hidup kita
Sampai bila kita nak meletakkan matlamat dunia melebihi akhirat
Sampai bila sebenarnya?
Sampai nyawa di kerongkong baru sibuk cari Al-Quran?
Sampai malaikat Maut datang baru nak terkapai-kapai cari sejadah?
Tak betul tu kawan.
Kalau boleh aku taknak tengok saudara seislam aku terjelepok ke neraka
Lebih seram andai aku sendiri yang terjatuh di sana sedangkan kalian menuju ke Jannah
Aku tak nak tu!
Aku nak kita sama-sama capai nikmat Syurga
Aku nak kita sama-sama dipermudahkan meniti di titian Siratul Mustaqim
Aku nak kita sama-sama dilindungi dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arash Allah.
Aku nak kita sama-sama dapat bertemu Rasulullah di Syurga nanti
Cuba flash back apa yang kita dah buat sebelum ni.
Muhasabah diri tu penting beb!
Selagi kita tak muhasabah diri, selagi tu la kita terus hanyut dalam jalan hitam yang penuh dosa ciptaan kita sendiri.
Syok ke jadi kawan syaitan?
*geleng perlahan
Kita kencang berdakwah di alam maya, blablabla kononnya untuk berdakwah tapi pada realitinya kita mudah jatuh bila diuji
Dengan kawan, bukan main baik lagi. Pijak semut pun,semut tak mati. Betapa lemah-lembutnya kita tapi bila sampai turn adik, buat muka singa lapar sampai adik rasa macam takde kakak atau abang.
Dengan cikgu,manis je muka.Bila nampak cikgu angkat barang banyak,tolong. Bagus dah tu tapi yang tak berapa nak eloknya bila dengan mak ayah, kita melawan macam diorang tu nothing dalam hidup kita. Bila tak puas hati, hempas pintu konon-kononnya merajuk dengan mak ayah.
Beb,salah ni!
How come kita nak nasihat orang untuk buat kebaikan kalau peribadi kita sendiri pun senget.
Macam mana seorang dai'e boleh tarik mad'unya yang tersasar di jalan salah kalau dia sendiri pun sesat.
Tak boleh tu.
So, jom berubah.
Kita nak jadi pewaris perjuangan Rasulullah kan.
So kena kuat!
Macam mana nak kuat?
Bina kubu pertahanan yang gempak.
How?
Cinta pada Allah melebihi apa pun
Bila kita cinta Allah melebihi apa pun, orang hina kita tutup aurat pun kita still mampu nak pekakkan telinga
Orang juih kat kita sebab kita berdakwah pun,kita still kuat nak tahan semua tu.
Masalahnya sekarang,bila kau jatuh cinta,kau terus bagi cinta yang kau ada tu sepenuh hati kau kat laki tu.
Itu masalahnya.
Bila kau jatuh cinta,kau terus lupa segala-galanya. Seolah-olah kau hidup hanya kerana dia. Macam mana la kes bunuh diri tak wujud lepas clash kalau macam ni la kita.
Tak. Aku tak cakap aku sempurna. Kita sama-sama manusia yang nak berubah kan.
Aku nasihat kau, Kau tegur aku.
Nak berjuang di jalan Allah ni,kita kena tautkan hati dalam setiap diri kita dalam bulatan Islam.
Jalan terbaik?
Kita sama-sama berubah. Move on. Change!
Kita jadi dai'e yang tak gentar berhadapan musuh Islam.
Tak rebah bila ujian datang.
Tak goyah bila dihina.
Jom.
.jpg)
No comments:
Post a Comment