Wednesday, 8 May 2013

it's our fate

Hak milik Hamba Allah
Assalamualaikum.
This new entry special dedicated to SPM leavers!

Hey guys!
we're in the same batch
yet maybe has the same thought too..
memandangkan dah almost 6 months kita mengumpul lemak di rumah.
bermanja-manja dengan mak ayah.
Jadi queen control to siblings
and tak kurang jugak yang jadi hamba abdi di rumah sendiri.
Toink.aku terasa. okay la.not hamba abdi. sort of bibik mungkin. dapat makan minum free kan.
*gelak manja

So,now maybe otak matang tak matang kita dah start fikir psl UPU, matrik, F6 dan seangkatan dengannya kan..
So, amacam feeling?

ketar lutut
makan tak habis
dpt nightmare mungkin
down
depressed
mood swing

Sedih nak tinggal rumah mungkin.
Dah berbulan-bulan manja dengan mak ayah.
tetibe nak kena tinggal.
down!

but,normal lah kan
time kita nak tinggal rumah balik pegi hostel pun macam ni jugak.
Time jauh dengan mak ayah baru rasa macam "how precious they are" kan??

"Kita takkan tahu untuk menghargai selagi kita tak tahu macam mana rasa kehilangan nikmat tu"

So true.

*flashback*
Time hostel dulu pun aku berat kaki jugak nak tinggal rumah.
Actually,most of us lebih sayang nak tinggal gadget sebenarnya kan...
*sengih

Sampai je asrama,terus rasa sebal.
muka macam heartless je time salam cium pipi mak ayah 
dalam hati...who knows?
Rasa macam nak pergi berlari balik rumah je.haha.
Sampai je bilik,nangis bawah bantal sorang-sorang.
Malam tu, organized non-official majlis makan.haha. 
lawak..
time tu,rumah kata mari pun,ignored je.
My experience la tu.

Cukup dah kan tu nak buat intro.
So...kembali kpd main topic.

Janganlah sedih sayang.
It's time for us to face the reality!
Face it!
Bukan lari tapi hadapi.
Apa niat kita sebenarnya?
Check balik.
Biar semuanya kerana Allah kawan.
Sebab once kita dah niat kerana Allah,yang susah jadi senang. Yang lemah jadi kuat. Yang gundah jadi tenang. Biiznillah.
Biase la tu. Memang la tak best kan sebab nak kena perah otak, korban masa bagai untuk study balik nanti.
Tapi cuba fikir.
Macam mana kita nak perjuangkan Islam kalau kita sendiri tak mampu nak berkorban.
Macam mana nak teruskan warisan dakwah Rasulullah kalau kita sendiri tak kuat nak jihad fi sabilillah?
Kata nak lawan Israel la,nak tolong saudara kita di Syria,nak bangunkan negara dengan Islam la tapi macam mana nak jadi kalau kita selemah ni?

Menuntut ilmu kan adalah salah satu jihad.
Jihad tahan nafsu mengantuk.
Tahan nafsu malas lagi.
Banyak yang nak kena lawan.
Banyak yang kita kena jihad.
So,be strong!
Jangan mudah give up.
On behalf of muslim,kita kena kuat. Tunjukkan yang kita lebih kuat. We're supposed to be stronger than others. Sebab apa? Sebab kita ada Allah. Itu yang membezakan antara kita dengan penganut agama lain sebenarnya. Kita sibuk nak set dalam mind. "Aku tak kuat. Aku lemah. Tak boleh nak struggle dah" . That's why kita jadi lemah for the real.
Bangkitlah! Tak cool tau untuk muslim cepat mengalah just sebab berat hati nak tinggal rumah.
Kita boleh!

Ikhlas.
Yang penting ikhlas.
Bila kita ikhlas,beban berat macam mana pun insyaAllah tak jadi masalah pun.
 Try check up balik beribu-ribu alasan yang kita bagi sebelum ni.
Tak valid untuk para mujahadah.
Bersabarlah.
Syurga itu indah. Teramat indah. Dalam Syurga nanti, Allah tak nak bagi kita bersusah walau sedikitpun sebab kita dah cukup bersusah di dunia. Biar perit di dunia asalkan senang di akhirat. 



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 


وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 


الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 


وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.


فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 


وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.





No comments:

Post a Comment