Friday, 3 May 2013

Renovate hati!

Hak milik Hamba Allah

 Hai,hello,sawadikap.
Okayy,aku merapu.
Nak start entry memang buntu.
Okay lah.start now..
.................5 minit kemudian............
kacau air.
makan biskut.
....................
aku nak cakap apa heh.
Haaa!Salam sayyidul ayyam!
Moga diberkati
Alhamdulillah sbb Allah still bg chance untuk kita tambah amal pada hari Penghulu Segala Hari ni
Cepat cakap Alhamdulillah budak2 semua
Kalau tak aku sumbat cengkodok dalam mulut
Okay.extreme sangat cara aku ni.hehe
asif jiddan sayang2 semua.
Tak salah kan kita berterima kasih pada Allah
Jangan jadi kufur nikmat.
Nanti Allah tarik balik semua nikmat tu,baru menangis tak berlagu.

*pakai specs

Bagi tuan2 puan2 adik2 miss2 semua yang pakai specs tu...
Bila takde specs,macam tak sempurna kan hidup kita.
Baru rabun tu,kalau Allah tarik terus nikmat penglihatan kita tu macam mana?
So, bersyukurlah.
Hairan kan.
Kadang-kadang orang yang tak dapat rasa nikmat pancaindera yang cukup ni lebih bersyukur daripada kita.
Dahinya lebih kerap menyembah Allah.
Bibirnya lebih banyak mengalunkan zikrullah
Hatinya lebih bersih
Tak malu ke?
*Ketuk kepala
Sila terasa Cik Raihan
Okayy,aku terasa
Kita manusia biasa kan
Bukannya maksum
Tapi macam mana sekalipun.benda tu tak boleh dijadikan alasan sayang
Kita sendiri yang kena ubah diri kita.
Tapi situasi nowadays jauh berbeza kan

Situasi 1:

A: Bila nak pakai tudung?
B: Bila sampai hidayah,saya akan bertudung *betulkan rambut

Situasi 2:

A: Apa kata kita pi solat dulu before start match
B: Alaa,kan lambat lagi nak habis waktu. Match ni kena tengok dari awal sampai habis *makan popcorn

Situasi 3:

A: Kau tak nak baca Al-Quran ke? Aku tengok kau dah lama tinggal Al-Quran. Tak cukup macho ni kawan.
B: Kau tak payah nak sibuk ingatkan aku la. Nanti aku dah tua nanti,aku baca la. Sekarang ni enjoy jela. Muda sekali seumur hidup je kan **smoke

Tahap macam ni ke yang kita ada sekarang.
Semua orang nak masuk Syurga. Kalau tanya perompak, pencuri ,perogol apa semua tu diorang takkan cakap nak masuk neraka. Tapi the prob is kita sendiri tak pernah ada usaha untuk ubah diri kita,

 Sampai bila nak tunggu hidayah? Sampai Malaikat Maut datang menjemput dengan muka yang bengis? Nauzubillah. Akak kat  sana tu, hidayah ni bukannya ditunggu tapi dicari.
Dan buat abang yang nak sangat tengok match tu sampai tak nak terlepas walaupun sesaat pun tu, tak boleh macam tu bang. Andaikanlah. Bayangkan di saat abang enjoy makan popcorn sambil tengok match tu, Allah tarik nyawa abang,. Macam mana abang nak menghadapi azab kubur?  Sanggup ke nak tahan seksa azab kubur? Boleh tahan ke nak berada dalam kubur yang sangat sempit sampai antara tulang kanan dan tulang kiri berhimpit rapat? Allahu, sakit! Tak sanggup kan? *kesat air mata.



Dan "Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat, yang telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahwa barangsiapa yang berkawan dengan dia, tentu dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka.'' (Qs 22.3,4)
Al-Quran adalam kalam Allah, kawan.
Jangan bagi sebab satu hari tak sebut kalam Allah , hati gelap terus.
Ilmu pun rak masuk. Orang bagi nasihat pun, ditengking balik
Mak ayah pun dah hilang respect.
Pergaulan pun dah tak terjaga.
Aurat pun terbukak dengan bangga.
Last2. jadi sahabat syaitan di neraka.Nauzubillah



"Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki." (Qs 22:16)..


Jom renovate hati!
Aku tak paksa.
Tapi mengingatkan
Muda memang sekali.
Tapi jangan ingat maut hanya menjemput yang tua.
Ingat!
Malaikat Maut sentiasa bersedia untuk mencabut nyawa kita.
No mercy.



Allah berfirman :

''Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).'' (Qs 22:1)


Moga hati kita dipeluk hidayah
Disapa cinta Allah
Diiringi rindu pada Rasulullah
Mencapai redha Ilahi
Menuju ke Jannatul Firdausi.
InsyaAllah

ByeBye *lambai

No comments:

Post a Comment